Bismillah..Ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat tentang kesihatan. Ada sesetengah di antara kita yang keberatan untuk membelanjakan wang untuk membeli produk-produk penjagaan kesihatan. Bagi mereka wang lebih perlu dibelanjakan untuk membeli baju baru, handbag, kasut dan lain-lain barang yang bukan merupakan keperluan tetapi kepada memenuhi kehendak semata-mata. Dengan kesihatan yang baik kita dapat mencari rezeki dengan baik, kita dapat menunaikan pelbagai ibadah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan al-mubarak yang bakal menjelang ini yang juga disebut sebagai bulan ibadah. Orang yang sihat lebih disenangi masyarakat kerana banyak perkara boleh dilakukan untuk masyarakat..dalam lain perkataan orang yang sihat menjadi orang yang boleh memberi kebaikan kepada masayarakat. Amat beruntung orang yang mengambil berat tentang kesihatan mereka.
No comments:
Post a Comment